Wednesday 23 October 2013

resepi : cheesecake biskut yang mudah sangat

Singkatan resepi ni orang panggil cheesekut..senang sangat nak buat ni..tak yah bakar pun..cuma kena sejukkan je..

oke, ni bahan-bahan utama ciskut ni :

cream cheese
susu pekat manis
biskut deluxe creacker 
susu segar
oat/nestum

tapi kannn....resepi ni dah diolah disebabkan nak jimat..cuma kena beli cream cheese je lagi...hehe..



oke, mula-mula pukul cream cheese sampai kembang


lepas tu, masukkan susu pekat manis..ikut rasa masing-masing ye..kalau nak manis letak banyak sikit..



lepas tu plak, campurkan sikit susu segar.cukup dalam sesudu atau 2 sudu..pukul sampai sebati..kat sini saya masuk susu dutch lady perisa strawberi, kalau susu segar membazir je sebab saya tak minum..yang penting jimat oke..hihi..




Dah siap part cream cheese..ambil biskut pulak, celup dalam susu..jangan remdam lama sangat..nanti jadi tak rangup ciskut kita ni nanti..


Lepas tu susun dalam bekas..susun rapat-rapat lagi elok..


dah siap susun-susun tu, oles cream cheese tadi kat atas susunan biskut tadi..


dah oleh ni, boleh la nak tambah apa-apa pun..boleh tbur oat ke, nestum ke..ikut suka kita la..saya tabur milo je..:)


lepas tu ulang balik proses celup biskut dalam susu, kemudian oles cream cheese lagi..buat la seberapa lapis yang boleh..last skali yang atas tu saya letak mempelam..nak letak strawberi, kiwi, anggur, laici pun boleh,.nak tabur nestum ke, oat ke..taknak letak pun takpe..ikut kreativiti masing-masing la ye..:)



comot sikit cream cheese tu..first time buat la katakan..hihi..masuk kan dalam peti ais semalaman nak bagi ciskut ni keras..siap..

tadaaaa...dah boleh makan...(^o^)


senang kan..selamat mencuba...



Tuesday 22 October 2013

APA ITU LECITHIN???

Lecithin adalah salah satu produk untuk mengawal berat badan. Bagaimana lecithin mampu mengawal berat badan??? Jom kita tengok demo kat bawah ni..



Tengok..lecithin memang dapat memecahkan lemak kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran..so takde la ketulan-ketulan yang menyebabkan perut kita buncit kan..:)

Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya merupakan sumber lecithin paling kaya, paling best dan bebas kolestrol. Perlu diingat sistem badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Justeru itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasakan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan sistem badan kita.

Selain sebagai vitamin untuk kuruskan badan, lecithin juga ada kebaikan yang lain..Antaranya :
# Sebagai agen pelarut lemak, lecithin mampu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain-lain.

# membantu melindungi sel darah merah dari serangan virus dan bakteria jahat.
# mengandungi kolina dimana dapat menguatkan dan meningkatkan daya ingatan dan secara tidak langsung dapat mengelak penyakit alzheimer atau nyanyuk. (Pengambilan bersama vitamin b complex amat sesuai utk pelajar)
# menggalakkan penyerapan vitamin A,D,E dan K.
# membantu masalah insomnia.

# membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
 
# bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
# diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS


Untuk sebarang pertanyaan :
sms/whatsapp : 019 - 2233 985 (ami)
email : aizami.mohd@gmail.com
fb fanpage : Kekal Cantik dan Sihat

Thursday 10 October 2013

trial pack set / set pek percubaan

Dapatkan trial pack dari saya dengan harga yang mampu beli..Set ini khas utk yang ingin mencuba produck Shaklee dan yang mempunyai kekangan kewangan. 

Penghantaran adalah percuma..dan yang paling best setiap set akan disertakan hadiah percuma..



SET FOR 30 DAYS
NUTRITION
REMARKS
Set A
(Set Asas)
30's Vita-Lea
30's B-complex
30's Vita-C
·   Membina tubuh badan yang sihat dan sistem imuniti serta penjagaan mental yang baik.
·   Membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress, memberi satu kehidupan yang lebih sihat kepada semua.
·   Sesuai untuk orang dewasa yang mementingkan kesihatan (kanak2 tidak boleh mengambil set ini)
SET B
 (BreastFeeding / Menyusu)
30's Vita-Lea
30's B-complex
30's Vita-C
90's Alfalfa
·   memperkayakan susu ibu yang sudah semulajadi kaya dgn khasiat, zat dan nutrisi semata-mata.
·   Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan.
·   Vitamin B-Complex lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi.
·   Vitamin C fokus on imun system.
·    Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh.
·   Alfalfa sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu , juga membantu masalah keputihan,lawas,bau badan, angin.
Set C
(Confinement/ After Surgery/
Berpantang)
40's Vita-Lea
40's B-complex
40's Vita-C
40's Zinc Complex
·   Boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin walaupun anak ade jaundis (kuning).
·   Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan dan mempercepatkan proses pemulihan luka.
·   Dapat membantu ibu mengurangkan stress sekaligus mengelakkan daripada meroyan.
·   membantu ibu memberikan tenaga sepanjang tempoh bersalin kerana menjaga bayi siang dan malam
Set D
(Skin Care Set dan Kesihatan Jantung)
30's B-complex
30's Vita-C
30's Vita-E
·   Sangat sesuai untuk lelaki dan wanita yang ingin mencantikkan kulit dan mendapatkan struktur kulit yang halus dan cerah
·   Sesuai untuk mengatasi masalah kulit sensitif dan jerawat
·   Sesuai untuk mengurangkan kesan parut pada wajah dan badan
·   Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami masalah nipple melecet.
·   Sesuai untuk merapatkan keintiman / hubungan suami isteri
Set F-1
(Feminine Set)
30's Vita-E
90's Alfalfa
·   Sangat sesuai untuk wanita yang mementingkan kecantikkan dalaman
·   Sangat sesuai untuk merapatkan hubungan suami isteri dan menambah keintiman.
·   Sesuai untuk wanita yang sentiasa ingin kelihatan awet muda. Vitamin E berfungsi sebagai anti penuaan, anti oksida, sebagai vitamin awet muda dan juga digelar sex vitamin
·   Alfalfa bertindak membaik pulih kesihatan dalaman wanita, sebagai perapat, menghilangkan keputihan dan melancarkan haid.
Set F-2
(Feminine Set)
60's Vita-E
180's Alfalfa
·   Sangat sesuai untuk wanita yang mementingkan kecantikkan dalaman
·   Sangat sesuai untuk merapatkan hubungan suami isteri dan menambah keintiman
·   Sesuai untuk wanita yang sentiasa ingin kelihatan awet muda
·   Vitamin E berfungsi sebagai anti penuaan, anti oksida, sebagai vitamin awet muda dan juga digelar vitamin seks
·   Alfalfa bertindak membaik pulih kesihatan dalaman wanita, sebagai perapat, menghilangkan keputihan dan melancarkan haid
Set G
(Athma, Allergy, Resdung, Gegata & Eczema)
30's B-Complex
30's Vita-C
120's Alfalfa
·   Sangat sesuai untuk individu yang mengalami masalah resdung, eczema dan allergi
·   Malah, ibu yang menyusu dan mendapati anaknya mempunyai salah satu daripada simptom tersebut turut digalakkan untuk mengambil set ini, agar nutrien yang diperlukan dapat di salurkan pada bayi anda melalui susu ibu. Alfalfa juga sangat terkenal sejak dari dahulu lagi sebagai penggalak susu (galactagogue).
Set J-1
 (Ibu Hamil Trimester 1)
30's Vita-Lea
30's B-complex
30's Vita-C
120's OsteMatrix
·   Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) juga pembentukan plasenta. Si ibu amat memerlukan makanan yangi seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi.
Set J-2
(Ibu Hamil Trimester 2 & 3)
30's Vita-Lea
30's B-complex
30's Vita-C
30's OmegaGuard
120's OsteMatrix
·   Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Si ibu jangan lupa bahawa pengambilan protein,kalsium dan zat besi mestilah mencukupi.
·   Dengan tambahan Omega Guard,masa untuk mengoptimumkan pertumbuhan otak janin, perlu bersiap sedia untuk persalinan dan menyusukan bayi. Sekarang, tubuh si ibu perlu sentiasa cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asid lemak omega-3.
 
hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :
sms / whatsapp : 019 - 2233 985
email : aizami.mohd@gmail.com
fb fanpage : Kekal Cantik dan Sihat

Predator Malaysia

predator malaysia

Haritu kecoh pasal Predator ada kat Malaysia..Malaysia tak aman ke???jawab la sendiri ye..hihi...
Pemilik topeng atau sut predator Malaysia ni sebenarnya doctor..Dr Jim Loi Duan Kong  telah tampil dan mengakui bahawa dia adalah pemilik sebenar sut tersebut. Menurut Dr Jim, punca dia berpakaian demikian bukanlah kerana menempah populariti atau ingin dikenali tapi hanya atas faktor keselamatan. Ada kemungkinan juga untuk keselamatan menunggang motorsikal atau dia tidak ingin dikenali ketika membuat aduan. Pada 1 Oktober lalu, Dr Jim datang ke balai polis Subang Jaya dengan sut Predator kerana ingin membuat aduan berkenaan kes penjualan sijil sakit (MC) palsu di Facebook. Namun, dia tidak menyangka bahawa pegawai polis yang bertugas disana mengambil fotonya dan sebarkan di internet.

 

predator malaysia 



Biodata Pemilik Sut Predator Malaysia
Nama Penuh: Jim Loi Duan Kong
Jawatan: Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MPCAM)
Pekerjaan: Doktor


Sumber : sini

Tuesday 8 October 2013

GLA Complex yang awesome!!!





Bercakap pasal GLA ni, rupa-rupanya banyak research yg dah dibuat di luar negara..negara kita???ada la kot. tapi cuma satu dua artikel je yg kluar.tapi yg paling banyak bila search GLA ni semuanya kluar GLA shaklee..haha..

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. So, bila dah banyak kandungannya, banyak la jugak manfaatnya.

 Antara manfaat utama GLA Complex adalah :

1. Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopio di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkat jangkahayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari (in sha Allah). Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu. Tapi kena la ingat, kita hanya merancang dan berusaha, hasilnya Allah yang tentukan..:)
 

Cadangan : amalkan bersama B Complex, ESP dan Zinc untuk suami.


2. Membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)

Senggugut..dengar perkataan tu pun dah fobia kan. Salah satu sebab kenapa kaum wanita mendapat sindrom ini ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex. In Sha Allah akan membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini.
 

Cadangan : amalkan bersama Ostematrix dan B Complex.


3. Membantu Mencantikkan Kulit Wajah dan badan
 

Oleh kerana GLA Complex juga mengandungi vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit, ia menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, jerawat, tiada lagi kilauan minyak dan berseri-seri. Ia juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.


Cadangan : amalkan bersama ESP.


4. Untuk Kesihatan Jantung

GLA mengandungi lemak Omega-6 yang dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan, meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL); mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu. Gabungan Omega-6 dan Omega-3 (yang boleh didapati daripada Omega Guard Shaklee) menambahbaik dengan menstabilkan kadar denyutan jantung dan mengelakkan blood thickening.


Cadangan : amalkan bersama Omega Guard.


5.Untuk Awet Muda


Tahukah anda mengapa ramai kaum wanita sangat sukakan suplemen EPO(Evening Primrose Oil)? Jawapan typical ialah ‘nak awet muda’. Memang betul. Hakikatnya, GLA Complex yang terkenal dengan jolokan nama ‘EPO Shaklee’ ini ternyata memberi kesan lebih hebat in sha Allah. Dengan kandungan GLA yang dua kali ganda EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari .. semua ini bersifat anti-oksida, free-radicals, immune-system dll .. membantu tubuh lebih sustain. Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.


Cadangan :  boleh diamalkan bersama Vivix untuk kesan berganda.


Test-testimoni :










Untuk sebarang pertanyaan :
sms/whatsapp : 019 - 2233 985 (ami)
email : aizami.mohd@gmail.com
fb fanpage : Kekal Cantik dan Sihat


'hitam putih pun nampak pelangi'

Salam sejahtera kalian..

Al-kisahnya semalam aku gaduh sms dgn bf budak ofis..puncanya sebab aku bengang bila telefon asyik berbunyi je. so aku send la sms kt laki tu mintak dia jangan ganggu ofis aku. bingit telinga kitorang dengar bunyi phone. kalau sekali dua kali xpe la lagi..ni dalam seminit tu hampir 10 kali bunyi phone. mana x bengang aku nak buat keje..

Mula-mula tu dia tak mengaku yang dia call. tapi aku dah tahu sangat dah, pantang awek dia tak jawab call @ sms memang dia akan call ofis..semalam masa dia call tu awek dia kluar pergi interview. so tak leh la jawab call dia. tu yang dia call je manjang..

Gaduh punya gaduh sampai aku sakit hati nak layan mamat tu. tiba-tiba aku terfikir nak gugel no phone mamat tu..mana tahu leh jumpa no. phone ofis dia plak kan.aku nk buat macam dia buat..nak tengok dia sakit hati tak dengar phone asyik bunyik je..haha..keji punya pangai..


ni antara msg aku dengan mamat tu..memang layak nama tu dengan mamat tu..sms yang sebelum tu lagi teruk, habis kluar !@#$%^&...

Aku pun start la gugel..eh..eh..ada la..tapi no tu ada kat blog pompuan..bila aku godek-godek blog tu..OMGGG....aku terkedu..sumpah time tu aku terkejut..terus aku cari awek dia..tapi time tu awek dia tgh ada discussion dengan anak bos..mungkin jgk tuhan mintak aku jangan cakap lagi kat awek dia tu..so aku pun tunggu la sampai awek dia tu habis discussion. Aku sempat anta sms kat mamat tu. and aku rasa tu sms last aku dengan mamat tu..aku tak nak sms lg dah pasni.

Bila awek dia dah ada kat depan aku pun semangat la nak pegi cakap, skali tengah on call dengan mamat tu. So, aku tunggu depan dia sambil-sambil nak bagi document kat dia..alasan je tu..haha..aku dengar la awek dia cakap camni. "dah bocor la rahsia"...oooooooooo...awek dia pun dah tahu rupanya. muka awek dia masa tu memang pucat..idup-idup kitorang kena tipu selama ni..so, aku tak jadi nak cakap kat awek dia tu. aku pass document kat dia terus balik tempat aku..

Aku tahu laki tu dah cuak..sebab dia reply sms aku cakap aku ni mengarut..hahahaha.. dah terpampang muka ko kat blog tu ko x nak ngaku lagi..mamat ni sebenarnya dah kawen..bini dia ada blog..gambar kawen diorang siap buat header blog lagi..aku tahu dia kena paksa kawen..mak ayah dia yang mintak dia kawen dengan pompuan tu. padahal mak ayah dia tahu dia tengah kapel dengan budak ofis aku ni.

Dulu ada jugak dengar budak ofis aku ni cakap yang mamat ni kena kawen dengan pilihan mak ayah dia. bila aku tanya status dia dengan mamat tu dia cakap dah takde apa2..lepas tu aku tengok dia still contact mamat tu. Aku tanya lagi pastu, apa kes kena kawen tu, dia cakap ntah la..senyap je..aku ingat dia cakap senyap tu laki tu tak jadi kawen la..rupa-rupanya..hmm..macam-macam..sumpah aku kesian kat bini dia..ada laki tapi selalu sms & call pompuan lain.

Kalau ikutkan memang semua orang tak suka dia kapel dengan mamat tu..mamat tu memang kongkong dia gila2 la..sampai tahap nak pergi toilet pun kena cakap..aku pun tak faham nape dia hadap lagi dengan laki tu. alasan yang dia bagi memang tak masuk akal langsung..

oh...terpanjang la plk entry ni..haha..tajuk tu aku ambik kata2 seorang teman bila aku mengadu kat dia pasal aku gaduh ni..kuat mengadu padahal ko yang cari sakit..haha..

pesanan buat ana, kalau la satu hari nanti awak terbaca blog akak ni, awak tahu la kan macam mana akak dapat tahu dia dah kawen..awak pun akan kawen nanti..jangan sampai nanti awk pun dapat laki curang sudah la.even laki tu yang cari awk dulu, awak ada hak menolak kalau rasa tak nak ganggu rumah tangga orang.


tu je la nak cite..oke..bai..


Saturday 5 October 2013

resepi : ketupat sotong terengganu

Hari ni hari sabtu..semua keje rumah dah settle..yeay..tgh2 buat blogwalking tetiba terasa nak makan ketupat sotong..dah lama x makan..petang ni nak buat la..senang je pon..ni resepi yg mak kita biasa buat..

bahan-bahan : 

- sotong 
- beras pulut
- halba
- bawang merah (mayang halus)
- halia (mayang halus)
- santan
- garam
- gula
- lidi / pencungkil gigi

cara - cara : 


1. Basuh beras pulut hingga bersih. Rendam bersama santan dan sedikit garam, selama 10 minit.
2. Basuh sotong hingga bersih, buang semua lapisan merah.
3. Masukkan beras pulut ke dalam sotong,masukkan hanya 1/2 memenuhi sotong.

4. Masukkan kembali kepala sotong.
5. Cucuk lidi / pencungkil gigi secara berselang supaya kepala sotong tidak tanggal dan beras pulut tidak terkeluar.
6. Masukkan sotong di dalam periuk dan masukkan santan.
7. Masukkan bawang dan halia yg telah dimayang bersama-sama halba.
8. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
9. Masak hingga beras pulut masak dan santan menjadi pekat.

Tadaa...Sedia untuk dihidang.

ihsan ms gugel

oh ketupat sotong...x sabarnya nak makan..dah terbau-bau ni..hhaha..nak pegi beli bahan dulu..

bye..