Wednesday 7 May 2014

Saya memang kurus.......

Tapi tu dulu la...sekarang makin membesar dan sedang berusaha mengecilkan tubuh ini..hihi.. 5 tahun tinggalkan zaman belajar di uitm dah mampu membiak lemak 10kg..homaigad... Bagaimana mungkin kan..hais.. Sekarang ai tengah cuba  untuk buang 10kg tu..tinggal lagi 5kg. hooreyy..**sambil lompat-lompat bagi lemak gugur** ekeke..;p


Ai rasa semua orang kot ada risiko jadi macam gambar kat atas ni. mula-mula 45kg je, pastu naik lagi 1kg.. Tak heran sangat la 1kg je kan. Setahun kemudian naik lagi 1kg, masih tak heran sebab bukan cecah 50kg pon kan. Lepas setahun ke setahun berat kita naik, kita cakap ok je sebab naik cuma 1kg. Padahal kita dah jauh lebih berat dari berat asal kita. Kalau dah berat 50kg, tu dah lebih 5kg dari berat asal kita. Haaah..Masa tu la baru nak termenung kan..

Alaa..baju dah sendat..seluar dah kecut..aish..takleh jadi ni.. Nak bersenam takde masa. kalau ada masa pon malas sebab sorang-sorang. Nak kontrol makan je la. Tapi takde kekuatan bila tengok makanan sedap-sedap. Yang jadi surirumah tangga lagi la best kan. Nak-nak yang minat memasak. Selalu je cari idea baru untuk masak. Mana nak kurus macam ni. Makin lama makin kembang. Kalau yang dah sedia ada kembang nya macam mana nak susut ni.. 

Hokey, sebelum ai nak bagi tips macam mana nak kurus, ai nak kongsi sikit risiko bila kita gemok. Gemok ni memang pintu gerbang kepada pelbagai penyakit tau.. Antaranya....


Tak dinafikan orang kurus pon boleh dapat penyakit macam kat atas. Tapi bila kita gemok, kita LEBIH berisiko sebenarnya. Kita tahu kan lemak ni memang tak bagus. Kalau kita beli sekor ayam pon kita akan buang lemak sambil mengomel-ngomel dengan comel sebab beli ayam 2kg tapi 1kg kena buang lemak je. Nampak tak kita memang tak suka lemak..hahaha..
 
Kalau korang nak mengurangkan risiko terkena penyakit-penyakit yang bahaya ni jom la kita amalkan cara hidup sihat. So, tips yang ai nak bagi ni khusus untuk korang yang rasa diri korang kurus tapi baju dah tak muat..hehe..

  • BANYAK minum air masak.Air mineral lagi elok Kalau korang dah minum banyak air masak, lepas ni kena sukat pulak ikut keperluan badan. Setiap 25kg berat korang memerlukan 1liter air masak. air manis tak kira oke. 
  • BOLEH makan benda yang bergaram dan masam tapi SIKIT je sebab nanti akan mengganggu penyerapan air ke dalam sel badan. tu yang boleh gemok tu.
  • MAKAN pagi, tengah hari dan malam secara teratur. Jangan skip oke.
  • MAKAN sikit tapi BANYAK kali. Kalau korang suka makan elok la amalkan yang ni. Tapi ingat makan SIKIT je tiap kali makan. korang boleh makan sampai 5-7 kali sehari TAPI sikit-sikit je ye.
  • BANYAK makan sayur tapi kurangkan buah sebab buah pon byk gula walaupon banyak vitamin.
  • BOLEH makan KFC, McD, pizza dan fast food yang lain tapi kurangkan sehingga 3 ke 4 bulan sekali. Kalau tak makan langsung lagi oke..
  • BOLEH minum sebarang air tin atau air botol yang bergas dan tinngi kandungan gula tapi kena kurangkan jugak sehingga 3 ke 4 bulan sekali.
  • AMBIL multi-vitamin kalau korang tak leh kawal makan. Sebab kekurangan micro-nutrisi boleh buat nafsu makan korang naik. Pilih la multi vitamin terbaik oke..macam shaklee ke..hehe..
Saje je ai 'bold'kan perkataan-perkataan positif tu. Nak bagi korang rasa yang diet sihat ni senang. Kalau cakap jangan makan, tak boleh makan, kurangkan makan, nanti korang fikir semua takleh makan. Boring kan..:)

Haaa.. Tu la tips yang ai nak kongsi. Kalau korang nak kurus dengan lebih cepat boleh klik di sini.

Tuesday 6 May 2014

Korang Nak Elak Gemuk ke Korang Nak Kurus??



Ramai orang salah sangka dengan set kurus Shaklee sebenarnya. Pengedar pulak tak bagi pencerahan pada customer mereka. Orang nak beli, diorang pon main jual je. Tak de nak tanya masalah customer diorang tu macam mana kan. Sapa-sapa yang nak beli dengan ai, ai akan interview dulu tau. Sebab ai betol-betol nak tolong korang, bukan nak untung semata-mata. Then ai akan masukkan korang dalam satu group utk korang-korang yang nak kurus.. Ai percaya kalau korang jenis diet sekerat-sekerat memang ke laut la jawabnya angan-angan korang nak kurus. Bila ada group ni ai boleh follow up dan korang pon boleh support antara korang kan. Baru semangat nak kurus..ye idop? Hehe..

Hokey, untuk set kurus ni ai tawarkan 2 set.
  • Set tak nak gemuk
  • Set nak kurus

Pepandai je bagi nama camtu..haha..Sebab ai taknak nanti korang tertukar. Kalau tulis set kurus nanti tak tahu sapa yang boleh ambik. Orang gemok ke orang kurus. So ai siap-siap bagi nama kat set ni..hihi..Ye la kan, semua orang sebelum ni kurus. Takde yang lahir-lahir terus gemok..tipu sangat eh..huhu..

Korang pon tahu kan kalau kita rajin bersenam dan jaga pemakanan memang kita susah nak naik berat badan kecuali kalau metabolism korang memang semulajadi tinggi. Makan banyak selori pon badan tak naik kan.  Untuk korang-korang yang tak special sangat ni, kena la berusaha sikit untuk dapat badan cantik dan sihat.

SET TAK NAK GEMUK

Fungsi set ni lebih kepada menghalang lemak-lemak dari dalam badan korang berkumpul dan menyebabkan korang gemok ataupon buncit. Set ni terdiri dari :
-          Lecithin                      
-          Alfalfa
-          Omega Guard

Kalau yang bajet tak cukup tu ai akan suggest korang ambik Alfalfa dan Lecithin dulu pada bulan pertama. Bagi detoks dulu.. Buang toksin dalam badan baru badan rasa ringan dan mudah nak serap nutrient.  Lepas tu boleh tambah Omega Guard pulak pada bulan seterusnya.

SET NAK KURUS

Fungsi set ni pulak untuk membuang lemak-lemak lama yang dah berkurun menginap dalam badan korang. Set ni terdiri dari :
-          Herb lax
-          Lecithin
-          Omega Guard
-          Cinch shake

Kalau korang betol-betol nak kurus, ai memang akan bagi Herb lax ni sebab ni lagi power  untuk cuci usus korang. Usus ni kan tempat terkumpulnya toksin,  lemak dan lendir.  Bila dah bersih baru korang akan rasa lebih sihat. Lepas tu boleh ambik Lecithin dan Omega Guard. Baru la boleh ambik Cinch Shake untuk mantapkan body korang. Korang boleh baca fungsi setiap supplement ni kat sini.

Ni semua korang boleh ambik ikut bajet korang.  Yang penting korang sihat. Yang korang kena tahu pasal set yang ai syorkan ni bukan je untuk kurus semata-mata. Bila di amalkan selalu, insyaallah boleh meningkatkan tahap kesihatan korang. Sebab selain fungsi untuk kurus, Lecithin dan Omega Guard pon bagus untuk fungsi otak. Omega Guard pon bagus untuk memelihara kesihatan jantung.  Kat situ korang dah dapat banyak manfaat sebenarnya kan.. 


Antara testimoni diet shaklee :
 

 

 




So, apa lagi.. Jom amalkan cara hidup sihat la..:)  Kalau berminat nak cuba set yang ai cakap ni boleh la contact ai (019-2233 985)

Bagaimana set diet shaklee berfungsi???

Set diet shaklee yang biasa disyorkan terdiri daripada :
  •  Lecithin
  •  Omega Guard
  •  Alfalfa
  •  Herb lax
  •  Esp
  •  Cinch Shake
  •  Cinch Energy Tea Mix 

Program diet shaklee melalui 3 proses iaitu :
---->> Bakar
---------->>Buang
-------------->> Bina

BAKAR
 

Untuk proses pembakaran lemak disyorkan ambil 2 produk ini.
 
Lecithin – Lecithin ni berfungsi untuk mengemulsi lemak. Senang cerita mengurai lemak. Dia akan pecah-pecahkan lemak. Jadi lemak akan lebih cepat dibakar atau senang di serap. Yang ni sesuai sangat untuk orang yang tak gemok lagi sebab lecithin ni boleh elakkan lemak-lemak dari menempel kat badan. Nak- nak kat bahagian usus. So boleh la elak perut buncit kan.. Ni la demo lemak-lemak diemulsikan..


Omega Guard – Omega ni baru berfungsi untuk membakar lemak. Sama ada yang baru diurai oleh lecithin atau lemak yang dah lama menempel kat badan. Omega juga dapat menghalang penyerapan gula, jadi kandungan gula dalam darah tidak meningkat dan membuatkan korang kurang lapar dan kenyang dengan lebih lama.



BUANG

Ni orang panggil proses detoks. Nak nyahkan lemak-lemak dan toksin dalam badan. Baru la badan rasa ringan je kan.
Alfalfa Complex – Alfalfa ni ada saponin yang bertindak macam span untuk serap lemak dan kolestrol. Selain itu alfalfa juga membantu dalam mencuci usus, hati dan darah.

Herb Lax – Yang ni memang khas untuk cuci usus. Sesuai untuk orang yang sembelit. Bukan najis yang baru diproses je dia buang. Yang lama-lama tersekat atau tersimpan pon dia akan cuci terus. So kempis la sikit perut korang tu kan.


BINA

Bila dah buang lemak semua, korang mesti taknak kulit menggeleber je kan. Sebab tu ada proses bina ni. Bina otot supaya bahagian yang dah hilang lemak tu tak menggeleber.
ESP – Ni utk korang yang tak gemok sangat. ESP ni protein yang rendah glisemik indek nya. Maksudnya, kadar gula dilepaskan secara perlahan-lahan dalam darah.So, korang akan rasa lambat lapar. Bila korang lambat lapar, mesti makan pon kurang kan. Contohnya waktu lunch korang akan makan sikit je sebab masih kenyang minum ESP pada waktu pagi. 

Cinch Shake – Ni sesuai utk korang yang lebih berat badan.  Masa lemak korang di bakar, cinch shake ni bertindak memelihara otot korang. So takde la menggelebeh perut tu karang. Ia juga mengenyangkan dan mampu mengawal nafsu makan korang. Cinch shake ni ada 3 perisa. Coffe latte, vanilla dan chocolate. Ramai yang cakap perisa coffe latte paling sedap.  


Cinch Energy Tea Mix - campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih yang terkenal untuk meningkatkan tahap metabolisme badan. Teh merah mampu melarutkan lemak dan agen detox yang kuat. Teh hijau merupakan antioksida yang sangat tinggi dan merupakan metabolisme booster yang mampu membakar kalori 4 kali ganda. Manakala teh putih pulak mampu membakar lemak berlebihan dan menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu. Sesungguhnya teh ni memang menyegarkan badan. Boleh diambil sejuk atau panas.