Wednesday 7 May 2014

Saya memang kurus.......

Tapi tu dulu la...sekarang makin membesar dan sedang berusaha mengecilkan tubuh ini..hihi.. 5 tahun tinggalkan zaman belajar di uitm dah mampu membiak lemak 10kg..homaigad... Bagaimana mungkin kan..hais.. Sekarang ai tengah cuba  untuk buang 10kg tu..tinggal lagi 5kg. hooreyy..**sambil lompat-lompat bagi lemak gugur** ekeke..;p


Ai rasa semua orang kot ada risiko jadi macam gambar kat atas ni. mula-mula 45kg je, pastu naik lagi 1kg.. Tak heran sangat la 1kg je kan. Setahun kemudian naik lagi 1kg, masih tak heran sebab bukan cecah 50kg pon kan. Lepas setahun ke setahun berat kita naik, kita cakap ok je sebab naik cuma 1kg. Padahal kita dah jauh lebih berat dari berat asal kita. Kalau dah berat 50kg, tu dah lebih 5kg dari berat asal kita. Haaah..Masa tu la baru nak termenung kan..

Alaa..baju dah sendat..seluar dah kecut..aish..takleh jadi ni.. Nak bersenam takde masa. kalau ada masa pon malas sebab sorang-sorang. Nak kontrol makan je la. Tapi takde kekuatan bila tengok makanan sedap-sedap. Yang jadi surirumah tangga lagi la best kan. Nak-nak yang minat memasak. Selalu je cari idea baru untuk masak. Mana nak kurus macam ni. Makin lama makin kembang. Kalau yang dah sedia ada kembang nya macam mana nak susut ni.. 

Hokey, sebelum ai nak bagi tips macam mana nak kurus, ai nak kongsi sikit risiko bila kita gemok. Gemok ni memang pintu gerbang kepada pelbagai penyakit tau.. Antaranya....


Tak dinafikan orang kurus pon boleh dapat penyakit macam kat atas. Tapi bila kita gemok, kita LEBIH berisiko sebenarnya. Kita tahu kan lemak ni memang tak bagus. Kalau kita beli sekor ayam pon kita akan buang lemak sambil mengomel-ngomel dengan comel sebab beli ayam 2kg tapi 1kg kena buang lemak je. Nampak tak kita memang tak suka lemak..hahaha..
 
Kalau korang nak mengurangkan risiko terkena penyakit-penyakit yang bahaya ni jom la kita amalkan cara hidup sihat. So, tips yang ai nak bagi ni khusus untuk korang yang rasa diri korang kurus tapi baju dah tak muat..hehe..

  • BANYAK minum air masak.Air mineral lagi elok Kalau korang dah minum banyak air masak, lepas ni kena sukat pulak ikut keperluan badan. Setiap 25kg berat korang memerlukan 1liter air masak. air manis tak kira oke. 
  • BOLEH makan benda yang bergaram dan masam tapi SIKIT je sebab nanti akan mengganggu penyerapan air ke dalam sel badan. tu yang boleh gemok tu.
  • MAKAN pagi, tengah hari dan malam secara teratur. Jangan skip oke.
  • MAKAN sikit tapi BANYAK kali. Kalau korang suka makan elok la amalkan yang ni. Tapi ingat makan SIKIT je tiap kali makan. korang boleh makan sampai 5-7 kali sehari TAPI sikit-sikit je ye.
  • BANYAK makan sayur tapi kurangkan buah sebab buah pon byk gula walaupon banyak vitamin.
  • BOLEH makan KFC, McD, pizza dan fast food yang lain tapi kurangkan sehingga 3 ke 4 bulan sekali. Kalau tak makan langsung lagi oke..
  • BOLEH minum sebarang air tin atau air botol yang bergas dan tinngi kandungan gula tapi kena kurangkan jugak sehingga 3 ke 4 bulan sekali.
  • AMBIL multi-vitamin kalau korang tak leh kawal makan. Sebab kekurangan micro-nutrisi boleh buat nafsu makan korang naik. Pilih la multi vitamin terbaik oke..macam shaklee ke..hehe..
Saje je ai 'bold'kan perkataan-perkataan positif tu. Nak bagi korang rasa yang diet sihat ni senang. Kalau cakap jangan makan, tak boleh makan, kurangkan makan, nanti korang fikir semua takleh makan. Boring kan..:)

Haaa.. Tu la tips yang ai nak kongsi. Kalau korang nak kurus dengan lebih cepat boleh klik di sini.

1 comment: