Tuesday 6 May 2014

Bagaimana set diet shaklee berfungsi???

Set diet shaklee yang biasa disyorkan terdiri daripada :
  •  Lecithin
  •  Omega Guard
  •  Alfalfa
  •  Herb lax
  •  Esp
  •  Cinch Shake
  •  Cinch Energy Tea Mix 

Program diet shaklee melalui 3 proses iaitu :
---->> Bakar
---------->>Buang
-------------->> Bina

BAKAR
 

Untuk proses pembakaran lemak disyorkan ambil 2 produk ini.
 
Lecithin – Lecithin ni berfungsi untuk mengemulsi lemak. Senang cerita mengurai lemak. Dia akan pecah-pecahkan lemak. Jadi lemak akan lebih cepat dibakar atau senang di serap. Yang ni sesuai sangat untuk orang yang tak gemok lagi sebab lecithin ni boleh elakkan lemak-lemak dari menempel kat badan. Nak- nak kat bahagian usus. So boleh la elak perut buncit kan.. Ni la demo lemak-lemak diemulsikan..


Omega Guard – Omega ni baru berfungsi untuk membakar lemak. Sama ada yang baru diurai oleh lecithin atau lemak yang dah lama menempel kat badan. Omega juga dapat menghalang penyerapan gula, jadi kandungan gula dalam darah tidak meningkat dan membuatkan korang kurang lapar dan kenyang dengan lebih lama.



BUANG

Ni orang panggil proses detoks. Nak nyahkan lemak-lemak dan toksin dalam badan. Baru la badan rasa ringan je kan.
Alfalfa Complex – Alfalfa ni ada saponin yang bertindak macam span untuk serap lemak dan kolestrol. Selain itu alfalfa juga membantu dalam mencuci usus, hati dan darah.

Herb Lax – Yang ni memang khas untuk cuci usus. Sesuai untuk orang yang sembelit. Bukan najis yang baru diproses je dia buang. Yang lama-lama tersekat atau tersimpan pon dia akan cuci terus. So kempis la sikit perut korang tu kan.


BINA

Bila dah buang lemak semua, korang mesti taknak kulit menggeleber je kan. Sebab tu ada proses bina ni. Bina otot supaya bahagian yang dah hilang lemak tu tak menggeleber.
ESP – Ni utk korang yang tak gemok sangat. ESP ni protein yang rendah glisemik indek nya. Maksudnya, kadar gula dilepaskan secara perlahan-lahan dalam darah.So, korang akan rasa lambat lapar. Bila korang lambat lapar, mesti makan pon kurang kan. Contohnya waktu lunch korang akan makan sikit je sebab masih kenyang minum ESP pada waktu pagi. 

Cinch Shake – Ni sesuai utk korang yang lebih berat badan.  Masa lemak korang di bakar, cinch shake ni bertindak memelihara otot korang. So takde la menggelebeh perut tu karang. Ia juga mengenyangkan dan mampu mengawal nafsu makan korang. Cinch shake ni ada 3 perisa. Coffe latte, vanilla dan chocolate. Ramai yang cakap perisa coffe latte paling sedap.  


Cinch Energy Tea Mix - campuran teh-teh terpilih iaitu teh merah, teh hijau dan teh putih yang terkenal untuk meningkatkan tahap metabolisme badan. Teh merah mampu melarutkan lemak dan agen detox yang kuat. Teh hijau merupakan antioksida yang sangat tinggi dan merupakan metabolisme booster yang mampu membakar kalori 4 kali ganda. Manakala teh putih pulak mampu membakar lemak berlebihan dan menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu. Sesungguhnya teh ni memang menyegarkan badan. Boleh diambil sejuk atau panas.

No comments:

Post a Comment