Friday 6 December 2013

mudahnya menjemput rezeki #1

Assalamualaikum..

Sempena hari jumaat yg mulia ni..saya nak kongsi sedikit ilmu..tentang rezeki..Kalau bercakap pasal rezeki, ramai yang fikir pasal duit je kan.rezeki ni banyak sebenarnya..tapi yang saya nak kongsi memang pasal duit pun..hehe..



Lepas saya baca buku atas ni, (buku mini je pon..) saya rasa amalan yang paling senang nak jemput rezeki duit ada 2..Insyaallah kalau istiqomah buat 2 benda ni, rezeki memang akan murah..

1. Solat

Dalam buku ni ada satu kisah yang saya tertarik bila membacanya.

"Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata. Pada masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai. Iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan ditempatnya maka sempurnalah kerjanya. Namun, tatkala mendengar azan dilaungkan, serta-merta Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, walhal hanya tinggal meletakkan seketul batu bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kejanya itu. Beliau menjawab, bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau membesarkan batu bata dan bukan membesarkan Allah. Padanya apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali Allah."

Apabila membaca kisah ini, saya sedar selama ini saya banyak melalaikan Allah. Ketika azan dilaungkan, saya masih leka membuat kerja. Kononnya mencari rezeki. Sedangkan pemberi rezeki yang utama adalah Allah. Saya membelakangkan pemberi rezeki yang utama. Teruk bunyinya kan..Sekarang saya dalam usaha untuk solat diawal waktu.

Kalau kita membelakangkan pemberi rezeki yang utama, agak-agak Dia akan dengar tak doa kita nak naik pangkat? doa kita mintak naik gaji? doa kita mintak perniagaan lebih maju? Mungkin Dia pun teragak-agak nak bagi apa yang kita mintak bila kita tak teragak-agak membesarkan urusan lain lebih dari urusan dengan-Nya. 

Jadi, mulai sekarang, marilah kita sama-sama membesarkan pemberi rezeki yang utama..Solatlah di awal waktu..:)




2. Sedekah

Amalan yang sangat-sangat dituntut agama. Senang sangat ni. Sedangkan kalau senyum pun dianggap sedekah. Apatah lagi kalau menghulur sebarang dua kan.

Ada orang bagi banyak alasan untuk tidak bersedekah. Takde duit, pemintak sedekah penipu, nak sedekah kat kawan-kawan tapi diorang lagi kaya dari saya, macam-macam lagi la alasan. 

Nak sedekah ni tak tunggu kaya dulu ye, tak kira umur. Apa yang kita ada, sedekah lah. Takde $100, $50 pun boleh. Takde $50, $10 pun takpe. Takde jugak $10, $1 pun jadi lah. Sedekah lah selagi boleh.

Sekarang ni zaman dah canggih. Semua duduk depan komputer. Lagi senang nak sedekah. Macam mana nak sedekah depan komputer??? Salah satunya,derma untuk tabung-tabung kebajikan. Google je, bersepah nombor akaun bank rumah anak-anak yatim, rumah orang tua-tua, orang susah. Ada yang mintak sumbangan dalam FB sekarang, nak sambung belajar, nak sumbangan untuk pembedahan, mangsa banjir, mangsa kebakaran. Nah, ni la masa nak bersedekah. Sedikit sorang pun takpe. Ganjaran Allah sentiasa ada untuk orang yang bersedekah.

"Alaaa, saya belajar lagi. nak sedekah macam mana, duit sendiri pun x cukup."

Meh sini nak ajar sedekah paling mudah dalam komputer ni, sedekah la 'klik' korang dekat iklan nuffnang tu. Rasanya hampir setiap blog ada iklan tu kan. Tu pun sedekah jugak tau.. Jangan nak dengki sangat kononnya aku je yang klik dia punya, dia tak klik pun aku punya. Ingat, Allah bagi rezeki dengan cara berbeza kepada setiap orang. Korang klik iklan orang banyak-banyak, mana tahu lepas tu ada orang belanja makan kfc. Rezeki jugak tu kan..

Ni sedikit petikan dari buku kat atas mengenai sedekah :

Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan iaitu : 
1 . Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
2. Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.
3. Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.
4. Satu sedekah yang dibalas dengan 1,000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada  para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah.

Jadi, apa salahnya kalau kita belanja air teh o ais sebungkus dekat budak sekolah. Berapa sen la sangat kan air tu..Dah dapat 1,000 kali ganda pahala sedekah..:)



Tu je la dulu tips murah rezeki yang saya boleh sampaikan..akan datang ada lagi kot post mudahnya menjemput rezeki #2..

Sehingga ketemu lagi..(^_^)



No comments:

Post a Comment